Monday, October 21, 2013

SNOW CHEESE CAKE YANG SEDAP

Snow cheese cake atau kek cheese bersalji, tengok nama pun dah tahu sedap kek ni. Memang sedap pun tak sedar tengok-tengok dah tinggal separuh kek. Separuh lagi dah masuk perut. Kek ni kalau tengokkan dari history kat blog lain dah glamour dari tahun lepas lagi tapi macam biaserlah saya ni selalu tertinggal keretapi. Takper biar lambat yang penting hasilnya wallllaaaaaaa...SEDAP..betul-betul tak tipu. Tapi paham-pahamlah yerp, cheese ni tak leh amal selalu nanti pinggang yang 28 boleh jadi ke 32...ehhehehehe..
Ok..Jom kita tengok resepi kat bawah ni. Resepi ni saya ambil dari blog rahel yang mana di adaptasi dari dapur kak zai.

Resepi : Snow Cheese Cake
Sumber: Rahel dan Kak Zai

Bahan:
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100g gula halus
100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga)
60g tepung jagung (maizena)
50g air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovalet
75g mentega (dicairkan)

Untuk krim:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis 

Untuk Toping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) - Saya guna cheddar cheese yang di dah diparut boleh dapatkan di mana-mana kedai bakeri.

Cara:
1.Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega
   cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3.Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit
   butter.
4.Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam
   dengan kepanasan 150'C.
5.Bila sudah masak biarkan sejuk.Bila dah sejuk,ambil pisau kek dan potong di tengah2
   kek supaya menjadi dua bahagian.
6.Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian letakkan sebahagian lagi kek
   di atasnya.
7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
9.Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam.Lepas tu baru potong.

Berminat untuk order boleh hubungi/sms/whatsapp saya 0102265495




JUST ORDINARY BAKERS

Sunday, October 20, 2013

BROWNIES MARBLE CHEESECAKE

Salam semua, macam mana sambutan raya haji, harap-harap takder yang kena darah tinggi yerp. Kalau rasa ader pening-pening tu cepat-cepat  pergi jumpa doktor yerp. Ok kali ni saya nak kongsi resepi brownies marble cheese cake yang moist dan sedap. Bila sebut pasal cheese mula terbayang rasa masam-masam..adussss...leleh air liur.
Resepi yang best saya ambil dari blog kak nor secubit garam. Terima kasih kepada kak nor kerana sudi share resepi yang BEST ni. Cuba lah, dah cuba kompem nak lagi. Kalau terasa huruf M tu besar, boleh order dengan saya. Harga insyaa Allah berpatutan.

Brownies Marble Cheese cake

Bahan Choc. Cake 
250gm Butter 
1 cwn serbuk koko 
3 biji telur - gred B 
1½ cwn gula kator 
½ cwn susu cair 
1½ cwn tepung gandum 
1 sdt Baking powder 
1 sdt Soda bikabonat 
1 sdt esen vanilla 

Lapisan Cheese 
250gm Cream Cheese 
1 cwn gula kastor 
1 biji telur - gred B 

Cara :- 
1- Cairkan butter - masukkan serbuk koko & kacau rata. 
2- Dalam mangkuk lain, pukul telur & gula (guna wisk saja) smpi sebati. 
3- Kemudian campurkan dgn bancuhan butter td...kacau smpi sebati. 
4- Masukkan susu cair > kacau lagi... 
5- Masukkan tepung, BP & SB (kalo rajin ayak dulu) - kacau sehingga sebati & masukkan esen vanila. 
6- Panaskan oven 
7- Alas loyang saiz 10 X 10 X 1inci dgn griss paper (biarkan terjuntai sedikit) - Saya guna loyang 9*9*3 sebab kalau guna 10*10*1 nanti cheese keluar meleleh ketepi. Cheese tak nak tegap.
8- Masukkan bancuhan coklat ke dlm loyang...tinggalkan 2-3sdb & masukkan kedlm plastic..(utk buat corak marble) 
9- Bakar selama 20min - guna api atas bawah 

Sementara tggu bahan choc. masak sedikit, kita sediakan bahan cheese.. 
> Pukul cream cheese sehingga gebu. 
> Masuukan gula > pukul lg hingga sebati. 
> Masukkan telur > pukul lagi hingga sebati 

**Selepas 20min..keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi...tuangkan bahan cheese..ratakan keseluruh atas kek... 
**Paipkan baki chocolate atas cheese, & lorekkan ikut suka.. - Saya lorekkan secara berselang-seli tarik dari atas ke bawah kemudian dari bawah keatas
**Bakar lg selama 15min atau sehingga cheese masak... 

Tips:
1) Tahap pembakaran bergantung kepada kepanasan oven, macam saya guna oven europe jetcook, masa pembakaran kek selama 30minit dan untuk cheese saya bakar selama 25 minit.





Berminat untuk tempahan sila hubungi/sms/whatsapp saya seperti no di bawah:

Riza: 0102265495

JUST ORDINARY BAKERS

Monday, October 7, 2013

RAINBOW KEK PETAL BUTTERCREAM

Hi semua, di harap sihat semua nya. Kat sini saya nak tunjuk projek membaking saya minggu lepas. Walaupun agak sibuk kena Oncall, tapi masih lagi curi masa masuk dapur kung kang kung kang godek kek dengan buttercream. Bolehlah hilang skit stress duk dengar mat salleh duk membebel bila join technical call. huhuhuhu..Aperlah nasib.
Ok tanpa buang masa lagi jom kiter tengok cara-cara nak buat rainbow kek dan petal decoration dengan buttercream.
Resepi kek pelangi ni saya guna dari koleksi kek chef noraini. Kek ni agak padat macam buttercake.Rasanya tak terlalu manis dan tak terlalu tawar. Tetap moist walaupun kek dah sejuk.

Resepi: Rainbow Kek
From: Buku kompilasi kek chef noraini

Bahan:
250g mentega
220g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik},diayak (A)
200g gula kastor
4 biji telur gred A
5 sudu makan air susu
1 sudu teh esen vanila

pewarna (yang ni korang pandai2lah letak pewarna)

Cara:
1.Griskan acuan bulat 6".Lapiskan dengan kertas serap minyak.
   Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
2.Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang
   dan putih.
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga
   sebati.
4.Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen
   vanila.Gaul hingga rata.
5.Bahagi adunan kepada 7 bahagian.Warnakan.
6.Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit pada suhu 170'C.
7.Setelah kek masak,biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.

Note: Saya buat adunan untuk mendapat kan 7 warna. Satu warna lebih kurang 240g. Saya menggunakan acuan tin kek 7 inci yang bulat.


Ok. dah settle bahagian kek. Jom kiter usha macam mana nak buat buttercream.

Buttercream yang saya guna untuk deco kek ni teramat-amatlah lembut dan moist. Kalini saya menggunakan resepi buttercream daripada chef noraini zakaria. Rasa nya tak terlalu manis, sesuai sangat untuk kanak-kanak. Takderlah di orang melompat-lompat bila terlebih gula. Jom kiter usha Resepi pulak:

Resepi: Buttercream
From: Chef Noraini Zakaria

Bahan:
150g mentega
350g krimwell
180g sirap gula/susu krimer manis
3 sudu makan gula aising

Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
2.Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
3.Pukul lagi hingga sebati.Siap untuk digunakan.

Nota: Untuk menghiaskan kek di atas, saya gunakan dua adunan buttercream, maksudnya saya gandakan adunan di atas.


Sebelum, teruskan dengan deco kat atas, hendaklah melepa kek dengan akan nipis, agak-gak boleh cover kek dengan buttercream yang belum di warnakan.
Untuk membuat design seperti di atas, macam biaser pakcik google dan you tube banyak membantu. Ni salah satu link yang saya rujuk.



Note: Saya tak menggunakan nozel seperti di atas, sebab tak mecukupi untuk buat 7 warna. Sebagai alternatif apa yang saya lakukan saya guntingkan sedikit hujung piping bag. Sebelum cuba di atas kek, saya cuba buat bulat di atas papan kek. Kalau rasa bulat dah cantik, boleh teruskan pipe di atas kek. Selamat mencuba yerp.

Untuk yang menempah kek di atas, boleh lah hubungi saya seperti No tertera di bawah:

Topping boleh di pilih seperti:
Buttercream,Italian Buttercream dan Cream cheesse frosting.

SMS/WHATSAPP/CALL:0102265495


JUST ORDINARY BAKERS

Sunday, September 29, 2013

RESEPI BUTTERCAKE YANG LAZAT

Salam semua, di harap hari anda ceria selalu terutama sekali hari ISNIN. Maklumlah ramai yang gelarkan hari isnin adalah MONDAY blues. Hari ini saya nak kongsikan resepi buttercake yang saya selalu gunakan dalam setiap tempahan. Alhamdulillah rasa memang tak mengecewakan malah ada yang dah repeat order.
Kesedapan buttercake bergantung pada jenis butter yang kiter guna, nama lagi buttercake kan. Lagi tulen butter yang kiter gunakan lagi Ummmmphhh..rasa nya. 
Biasa nya saya akan gunakan butter jenama SCS salted butter macam kat bawah ni yang boleh di dapati di mana-mana kedai kek atau pasaraya. Tapi kalau nak guna buttercup atau butterlite pun OK. Cuma mungkin kurang berlemak rasanya.

Jom Kita Usha resepi kat bawah nie:

Vanilla Butter Cake

Bahan bahan:
230gm butter (salted) - lembutkan  ( Saya guna 250gm)
200gm telur tanpa kulit (4 biji gred B) ( Lepas timbang asingkan telur putih dan telur kuning)
50gm ( Untuk di campurkan dengan putih telur) + 150gm gula kaster ( Saya kurangkan gula 50gm + 100gm)
200gm tepung naik sendiri - ayak 
60ml susu segar/wholemilk
1 sk vanilla extract ( Saya guna Vanilla Essence)

Panaskan oven pada 170C. Lapik loyang 8x8" dan lenser mentega termasuk di sekeliling loyang.

Asingkan kuning dan putih telur. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang dan tidak jatuh bila diterbalikkan ( Nak tahu dah kembang bila kiter angkat alat pemutar kek akan keluar tanduk). Masukkan 50gram gula sedikit demi sedikit sehingga kembang. Ketepikan.

Pukul mentega dan 150 gram gula sehingga kembang. Masukkan vanilla extract dan pukul seketika. 

Masukkan telur kuning satu persatu sambil terus diputar.

Masukkan separuh dari tepung dan kacau dengan kelajuan perlahan. Masukkan susu dalam 2 kali sebelum dimasukkan baki tepung gandum.

Masukkan separuh dari adunan telur putih dan putar dengan kelajuan perlahan. Masukkan baki telur putih dan dikaup balik menggunakan sudip sahaja sehingga sebati.

Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak. Boleh kurangkan suhu pada 15 minit terakhir.
Biarkan di dalam loyang dalam 10 minit sebelum disejukkan sepenuhnya di atas redai.


Untuk yang nak buat tempahan boleh hubungi saya. Buttercake sesuai di hidangkan untuk pelbagai jenis keramaian. Nak tempah untuk cupcake pun boleh. Harga bergantung pada jenis butter yang di gunakan.

SMS/WHATSAPP/CALL :0102265495 : RIZA

JUST ORDINARY BAKERS

Thursday, September 26, 2013

RESEPI BUTTERCREAM UNTUK DEKORASI KEK

Hi semua, macam mana dah cuba resepi buttercream yang saya bagi? Belum lagi? Kalau belum cepat-cepat cuba..Memang berbaloi-baloi. Seperti yang di janjikan saya akan kongsikan resepi buttercream untuk menghias kek, bukan untuk toping atau filling yerp, tapi untuk dekorasi contoh untuk bunga,daun dan sebagainya. Jommmmmm...Kita skodeng..

Buttercream Dekorasi Kek

Bahan-Bahan

1kg Shortening ( Boleh dapatkan di mana-mana kedai bakeri)
1200gm icing sugar ( Di ayak ok) Kalau taknak manis boleh kurangkan

Cara-Cara
Campurkan kesemua bahan di dalam mixer, dan sebatikan dalam masa 5minit dengan kelajuan sederhana.
Bila dah sebati, untuk warnakan icing boleh guna mana-mana perwarna yang oil based (Berasaskan minyak)

Contoh Dekorasi yang menggunakan Icing di atas:



JUST ORDINARY BAKERS

Tuesday, September 24, 2013

RESEPI BUTTERCREAM

Salam Bakers untuk semua, eceh macam salam satu MALAYSIA pulak. Semoga di murahkan rezeki dan kesihatan hendaknya. Hari ni saya nak kongsikan resepi buttercream yang selalu saya gunakan untuk melepa kek. Buttercream yang saya kongsikan juga sesuai untuk disteam kan TETAPI, ha ada TETAPI, perlu di ingat resepi buttercream ni tak berapa sesuai di gunakan untuk di deco-deco yang memerlukan hiasan tu tegak contohnya rose, rumput dan sebagainya. Sebabnya, mestilah ada sebab.Buttercream ni terlalu lembut. Moist ajerk.
Ok Jom kita tengok resepi di bawah:

RESEPI BUTTECREAM

1KG krimwell
1 tin susu pekat
300gm gula icing ( Tak perlu ayak pun takper)
300gm shortening
1 tbsp perisa ataupun letak vanilla essence pun boleh

Cara-Cara
Satukan semua bahan dan kacau dengan mixer selama 7-10 minit dengan kelajuan Maksima
Bila adunan menjadi 2 kali ganda, maksudnya anda sudah boleh melepa kek dengan buttercream.

Untuk Steam Buttercream
Sama seperti untuk membuat ganache coklat. Panaskan air di dalam kuali yang besar, biarkan sehingga menggelegak
Bila dah menggelegak, kecikkan api, masukkan buttercream di dalam bekas yang berasingan dan letakkan di atas kuali yang mengandungi air
Kacau buttercream secara kaup balik,kena sentiasa kacau untuk mengelakkan buttercream pecah minyak
Kacau sehingga buttercream mendapat konsistensi yang bagus maksudnya tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
Selepas di angkat, jangan terus tuang keatas kek, perlu di sebatikan minyak yang terhasil masa kita steamkan buttercream
Setelah sebati, curah dengan cepat-cepat di atas kek, dan iringkan kek ke kiri dan ke kanan bagi membolehkan buttercream rata ke seluruh kek
Bila dah rata, kemas rapikan kek ada dan biarkan sehigga icing mengeras.

Contoh Kek yang menggunakan steam buttercream. Permukaan nya macam di lapis dengan fondant pun ada.

Selamat Mencuba Yerp. Nanti saya akan kongsikan resepi icing yang saya gunakan untuk mendeco bunga-bunga.

JUST ORDINARY BAKERS

Thursday, September 19, 2013

FROM ENGINEER TO BAKERS

Waaaaa...tajuk tak agak-agak..sepatutnya kena letak from engineer going to be bakers. Harap-harap ape yang di impikan akan menjadi kenyataan. Minat berbaking ni sejak dari sekolah lagi. Kalau time sekolah curi-curi deco kek yang ayah buat sebab ayah saya betul-betul berbakat dalam bab-bab mendeco kek tapi sayang ilmu tu dia tak turunkan kat anak-anak bilis dia.Sekali abis berlemuish orang penang cakap satu dapur. Aper lagi terus dapat jeritan halilintar dari bonda tersayang.
Sebelum ni duk buat ambil tempahan di kalangan sedara mara sajerk walaupun ader 2-3 orang yang dah bunyi kenapa tak buat secara serius. Ermmmm...bukan taknak buat tapi memandangkan anak-anak kecik lagi terpaksa lupakan untuk sementara waktu. 
Sekarang ni Alhamdulillah, anak pun dah makin membesar, eh besar ker yang first berumur 4 tahun dan yang kedua 2 tahun, dah kira besar lah tu kut.heheheheh. Mungkin dah sampai masa untuk saya lakukan secara serius lagipun target nak jadi working from home mother sebelum anak-anak masuk sekolah. Kawan-kawan tolong doakan saya yerp. Aminnnnnnn..
Di sebabkan bab-bab deco ni masih lagi merangkak-rangkak, maklumlah nak lukis muka orang pun 2-3 kali sapu..hehehehe..Aper nak buat saya masih amatur. Saya ambil keputusan untuk masuk kelas basic decoration for beginner. Sebelum ni asyik berguru dengan Youtube, sampai terbeliak mata duk tgk. Sesapa yang berminat nak join boleh tgk kat website loveliana.blogspot.com. Eh promote plak..Takperlah pahala di hari jumaat.
Insyaa Allah jika di beri kelapangan saya akan update aktiviti kelas deco dalam episod seterusnya..Ecehhhh..macam drama plak..Stay tuned...

JUST ORDINARY BAKERS