Entry kali ini saya nak kongsikan resepi red velvet yang moist yang telah di ubah mengikut tekak orang malaysia. Mengikut kata chef obie red velvet yang original sedikit kering. Maklumlah lain-lain negara, lain pulak citarasnya.
Resepi ni telah di panjangkan oleh kak azie kitchen, dah lama duk usha kat blog lain tapi biaserlah seru belum sampai. Kebetulan ader yang mengorder aper lagi zassss..Terus. Alhamdulillah hasilnya memang sedap bangat. Sambil menaip masih terasa keenakan kek ni. Jom kita lihat resepi di bawah:
The Best, Easy and Moist Red Velvet Cake
Bahan bahan:
2 cawan all purpose flour
1 sk baking soda
1 sk baking powder
1 sk garam
2 sb unsweetened cocoa powder ( Saya guna Cocoa powder jenama Beryls)
2 cawan gula Castor
1 cawan vegetable oil ( Guna minyak masak pun boleh)
2 biji telur ( guna size B)
1 cawan buttermilk ( 1 cawan susu segar + 1sb jus lemon biarkan selama 10minit)
2 sk vanilla extract
1-2 oz. red food coloring (guna 2 sb brigt red oil base)
1 sk white distilled vinegar ( Guna cuka makan @ cuka putih)
½ cawan plain hot coffee (jangan skip) ( 1 tsp serbuk nescafe +1/2cawan air panas)
Bahan bahan:
Panaskan oven pada 170C.
Di dalam mangkuk ayak tepung, baking soda, baking powder, cocoa powder dan garam. Ketepikan.
Di dalam mixing bowl, gaul sebati gula dan minyak. Kemudian masukkan telur, buttermilk, vanilla dan pewarna. Putar sehingga sebati. Tuangkan coffee dan white vinegar.
Akhir sekali, masukkan tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit dengan diputar sebati setiap kali memasukkannya.
Lenser minyak dan ayak tepung ke dalam 2 loyang. Tuangkan adunan sama banyak. Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak. Jangan terlebih masak kerana ianya akan terus masak semasa menyejuk.
Sejukkan atas wire rack sebelum diletak frosting.
Nota:
Di sebabkan customer meminta red velvet di dalam jar saya bakar kek ni menggunakan teknik waterbath.
Jar boleh di beli di mana-mana kedai bakeri.
Resepi Cream Cheese Frosting boleh pilih nak guna yang mana satu. Dua-dua pun sedap sehingga menjilat jari: :-)
Cream Cheese Frosting ( Untuk sebiji kek)
Bahan bahan:
2 (8 oz) packs cream cheese - lembut
¼ cawan susu atau lebih
1 stick butter - lembut (1/2 cawan atau 4 oz)
2 sk vanilla extract
4 cawan powdered sugar
Cara cara:
Satukan cream cheese, susu, butter dan vanilla extract. Putar sehingga sebati.
Masukkan separuh dari gula, kacau sebelum dimasukkan baki gula.
Kacau sehingga smooth dan fluffy.
Cream Cheese 2 ( Dari blog air tangan cik siti)
Bahan-Bahan
360g cream cheese
70g mentega - untuk lebih sedap, guna jenis pure butter
200g gula aising
1 sk ekstrak vanilla
- Pukul cream cheese bersama mentega hingga kembang.
- Masukkan gula aising dan vanilla sedikit demi sedikit sambil memutar
70g mentega - untuk lebih sedap, guna jenis pure butter
200g gula aising
1 sk ekstrak vanilla
- Pukul cream cheese bersama mentega hingga kembang.
- Masukkan gula aising dan vanilla sedikit demi sedikit sambil memutar
Jom Tengok Hasilnya:
Untuk menempah boleh SMS/Whatsapp saya :0102265495

