Salam semua, macam mana sambutan raya haji, harap-harap takder yang kena darah tinggi yerp. Kalau rasa ader pening-pening tu cepat-cepat pergi jumpa doktor yerp. Ok kali ni saya nak kongsi resepi brownies marble cheese cake yang moist dan sedap. Bila sebut pasal cheese mula terbayang rasa masam-masam..adussss...leleh air liur.
Resepi yang best saya ambil dari blog kak nor secubit garam. Terima kasih kepada kak nor kerana sudi share resepi yang BEST ni. Cuba lah, dah cuba kompem nak lagi. Kalau terasa huruf M tu besar, boleh order dengan saya. Harga insyaa Allah berpatutan.
Brownies Marble Cheese cake
Bahan Choc. Cake
250gm Butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur - gred B
1½ cwn gula kator
½ cwn susu cair
1½ cwn tepung gandum
1 sdt Baking powder
1 sdt Soda bikabonat
1 sdt esen vanilla
Lapisan Cheese
250gm Cream Cheese
1 cwn gula kastor
1 biji telur - gred B
Cara :-
1- Cairkan butter - masukkan serbuk koko & kacau rata.
2- Dalam mangkuk lain, pukul telur & gula (guna wisk saja) smpi sebati.
3- Kemudian campurkan dgn bancuhan butter td...kacau smpi sebati.
4- Masukkan susu cair > kacau lagi...
5- Masukkan tepung, BP & SB (kalo rajin ayak dulu) - kacau sehingga sebati & masukkan esen vanila.
6- Panaskan oven
7- Alas loyang saiz 10 X 10 X 1inci dgn griss paper (biarkan terjuntai sedikit) - Saya guna loyang 9*9*3 sebab kalau guna 10*10*1 nanti cheese keluar meleleh ketepi. Cheese tak nak tegap.
8- Masukkan bancuhan coklat ke dlm loyang...tinggalkan 2-3sdb & masukkan kedlm plastic..(utk buat corak marble)
9- Bakar selama 20min - guna api atas bawah
Sementara tggu bahan choc. masak sedikit, kita sediakan bahan cheese..
> Pukul cream cheese sehingga gebu.
> Masuukan gula > pukul lg hingga sebati.
> Masukkan telur > pukul lagi hingga sebati
**Selepas 20min..keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi...tuangkan bahan cheese..ratakan keseluruh atas kek...
**Paipkan baki chocolate atas cheese, & lorekkan ikut suka.. - Saya lorekkan secara berselang-seli tarik dari atas ke bawah kemudian dari bawah keatas
**Bakar lg selama 15min atau sehingga cheese masak...
Tips:
1) Tahap pembakaran bergantung kepada kepanasan oven, macam saya guna oven europe jetcook, masa pembakaran kek selama 30minit dan untuk cheese saya bakar selama 25 minit.
Berminat untuk tempahan sila hubungi/sms/whatsapp saya seperti no di bawah:
Riza: 0102265495
No comments:
Post a Comment