Sunday, September 29, 2013

RESEPI BUTTERCAKE YANG LAZAT

Salam semua, di harap hari anda ceria selalu terutama sekali hari ISNIN. Maklumlah ramai yang gelarkan hari isnin adalah MONDAY blues. Hari ini saya nak kongsikan resepi buttercake yang saya selalu gunakan dalam setiap tempahan. Alhamdulillah rasa memang tak mengecewakan malah ada yang dah repeat order.
Kesedapan buttercake bergantung pada jenis butter yang kiter guna, nama lagi buttercake kan. Lagi tulen butter yang kiter gunakan lagi Ummmmphhh..rasa nya. 
Biasa nya saya akan gunakan butter jenama SCS salted butter macam kat bawah ni yang boleh di dapati di mana-mana kedai kek atau pasaraya. Tapi kalau nak guna buttercup atau butterlite pun OK. Cuma mungkin kurang berlemak rasanya.

Jom Kita Usha resepi kat bawah nie:

Vanilla Butter Cake

Bahan bahan:
230gm butter (salted) - lembutkan  ( Saya guna 250gm)
200gm telur tanpa kulit (4 biji gred B) ( Lepas timbang asingkan telur putih dan telur kuning)
50gm ( Untuk di campurkan dengan putih telur) + 150gm gula kaster ( Saya kurangkan gula 50gm + 100gm)
200gm tepung naik sendiri - ayak 
60ml susu segar/wholemilk
1 sk vanilla extract ( Saya guna Vanilla Essence)

Panaskan oven pada 170C. Lapik loyang 8x8" dan lenser mentega termasuk di sekeliling loyang.

Asingkan kuning dan putih telur. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang dan tidak jatuh bila diterbalikkan ( Nak tahu dah kembang bila kiter angkat alat pemutar kek akan keluar tanduk). Masukkan 50gram gula sedikit demi sedikit sehingga kembang. Ketepikan.

Pukul mentega dan 150 gram gula sehingga kembang. Masukkan vanilla extract dan pukul seketika. 

Masukkan telur kuning satu persatu sambil terus diputar.

Masukkan separuh dari tepung dan kacau dengan kelajuan perlahan. Masukkan susu dalam 2 kali sebelum dimasukkan baki tepung gandum.

Masukkan separuh dari adunan telur putih dan putar dengan kelajuan perlahan. Masukkan baki telur putih dan dikaup balik menggunakan sudip sahaja sehingga sebati.

Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak. Boleh kurangkan suhu pada 15 minit terakhir.
Biarkan di dalam loyang dalam 10 minit sebelum disejukkan sepenuhnya di atas redai.


Untuk yang nak buat tempahan boleh hubungi saya. Buttercake sesuai di hidangkan untuk pelbagai jenis keramaian. Nak tempah untuk cupcake pun boleh. Harga bergantung pada jenis butter yang di gunakan.

SMS/WHATSAPP/CALL :0102265495 : RIZA

JUST ORDINARY BAKERS

Thursday, September 26, 2013

RESEPI BUTTERCREAM UNTUK DEKORASI KEK

Hi semua, macam mana dah cuba resepi buttercream yang saya bagi? Belum lagi? Kalau belum cepat-cepat cuba..Memang berbaloi-baloi. Seperti yang di janjikan saya akan kongsikan resepi buttercream untuk menghias kek, bukan untuk toping atau filling yerp, tapi untuk dekorasi contoh untuk bunga,daun dan sebagainya. Jommmmmm...Kita skodeng..

Buttercream Dekorasi Kek

Bahan-Bahan

1kg Shortening ( Boleh dapatkan di mana-mana kedai bakeri)
1200gm icing sugar ( Di ayak ok) Kalau taknak manis boleh kurangkan

Cara-Cara
Campurkan kesemua bahan di dalam mixer, dan sebatikan dalam masa 5minit dengan kelajuan sederhana.
Bila dah sebati, untuk warnakan icing boleh guna mana-mana perwarna yang oil based (Berasaskan minyak)

Contoh Dekorasi yang menggunakan Icing di atas:



JUST ORDINARY BAKERS

Tuesday, September 24, 2013

RESEPI BUTTERCREAM

Salam Bakers untuk semua, eceh macam salam satu MALAYSIA pulak. Semoga di murahkan rezeki dan kesihatan hendaknya. Hari ni saya nak kongsikan resepi buttercream yang selalu saya gunakan untuk melepa kek. Buttercream yang saya kongsikan juga sesuai untuk disteam kan TETAPI, ha ada TETAPI, perlu di ingat resepi buttercream ni tak berapa sesuai di gunakan untuk di deco-deco yang memerlukan hiasan tu tegak contohnya rose, rumput dan sebagainya. Sebabnya, mestilah ada sebab.Buttercream ni terlalu lembut. Moist ajerk.
Ok Jom kita tengok resepi di bawah:

RESEPI BUTTECREAM

1KG krimwell
1 tin susu pekat
300gm gula icing ( Tak perlu ayak pun takper)
300gm shortening
1 tbsp perisa ataupun letak vanilla essence pun boleh

Cara-Cara
Satukan semua bahan dan kacau dengan mixer selama 7-10 minit dengan kelajuan Maksima
Bila adunan menjadi 2 kali ganda, maksudnya anda sudah boleh melepa kek dengan buttercream.

Untuk Steam Buttercream
Sama seperti untuk membuat ganache coklat. Panaskan air di dalam kuali yang besar, biarkan sehingga menggelegak
Bila dah menggelegak, kecikkan api, masukkan buttercream di dalam bekas yang berasingan dan letakkan di atas kuali yang mengandungi air
Kacau buttercream secara kaup balik,kena sentiasa kacau untuk mengelakkan buttercream pecah minyak
Kacau sehingga buttercream mendapat konsistensi yang bagus maksudnya tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
Selepas di angkat, jangan terus tuang keatas kek, perlu di sebatikan minyak yang terhasil masa kita steamkan buttercream
Setelah sebati, curah dengan cepat-cepat di atas kek, dan iringkan kek ke kiri dan ke kanan bagi membolehkan buttercream rata ke seluruh kek
Bila dah rata, kemas rapikan kek ada dan biarkan sehigga icing mengeras.

Contoh Kek yang menggunakan steam buttercream. Permukaan nya macam di lapis dengan fondant pun ada.

Selamat Mencuba Yerp. Nanti saya akan kongsikan resepi icing yang saya gunakan untuk mendeco bunga-bunga.

JUST ORDINARY BAKERS

Thursday, September 19, 2013

FROM ENGINEER TO BAKERS

Waaaaa...tajuk tak agak-agak..sepatutnya kena letak from engineer going to be bakers. Harap-harap ape yang di impikan akan menjadi kenyataan. Minat berbaking ni sejak dari sekolah lagi. Kalau time sekolah curi-curi deco kek yang ayah buat sebab ayah saya betul-betul berbakat dalam bab-bab mendeco kek tapi sayang ilmu tu dia tak turunkan kat anak-anak bilis dia.Sekali abis berlemuish orang penang cakap satu dapur. Aper lagi terus dapat jeritan halilintar dari bonda tersayang.
Sebelum ni duk buat ambil tempahan di kalangan sedara mara sajerk walaupun ader 2-3 orang yang dah bunyi kenapa tak buat secara serius. Ermmmm...bukan taknak buat tapi memandangkan anak-anak kecik lagi terpaksa lupakan untuk sementara waktu. 
Sekarang ni Alhamdulillah, anak pun dah makin membesar, eh besar ker yang first berumur 4 tahun dan yang kedua 2 tahun, dah kira besar lah tu kut.heheheheh. Mungkin dah sampai masa untuk saya lakukan secara serius lagipun target nak jadi working from home mother sebelum anak-anak masuk sekolah. Kawan-kawan tolong doakan saya yerp. Aminnnnnnn..
Di sebabkan bab-bab deco ni masih lagi merangkak-rangkak, maklumlah nak lukis muka orang pun 2-3 kali sapu..hehehehe..Aper nak buat saya masih amatur. Saya ambil keputusan untuk masuk kelas basic decoration for beginner. Sebelum ni asyik berguru dengan Youtube, sampai terbeliak mata duk tgk. Sesapa yang berminat nak join boleh tgk kat website loveliana.blogspot.com. Eh promote plak..Takperlah pahala di hari jumaat.
Insyaa Allah jika di beri kelapangan saya akan update aktiviti kelas deco dalam episod seterusnya..Ecehhhh..macam drama plak..Stay tuned...

JUST ORDINARY BAKERS