Sunday, January 26, 2014

Birthday Cake Tema Under The Sea

Birthday cake ni di request oleh cute little girl named mawaddah. Ibu dia bagitahu dia suka tengok ikan. Maklumlah umur pun baru 2 tahun, nak request barbie boleh familiar lagi. 

Lepas bincang sikit-sikit both parent aggree dengan cadangan saya, untuk buat kek bertema Under The Sea. Alhamdulillah masa deliver the cake, she's very excited and happy with the cake.

Jom layan Hasilnya:




Chocolate Cake+Steam Buttercream+ Figurine Fondant
RM180

Dan Ini pula adalah Birthday Cake bertema airplanes dan minions. Juga untuk Birthday Girl. Dia request nak sambut kat tadika. Alhamdulillah i manage to deliver the cake on time.

Buttercake+ Steam Buttercream+ Fondant Figurine
RM150

Untuk sesiapa yang ingin menempah boleh SMS/whatsapp saya :0102265495



JUST ORDINARY BAKERS

Thursday, January 23, 2014

Kitchen Aid Mixer Yang Best

Kitchen Aid..sebut nama pun dah terasa di awang-awangan. Setiap kali tengok AFC mesti ralit duk tengok Kitchen aid bekerja. Mujur tak menitik air liur.

Alhamdulillah, akhirnya impian menjadi kenyataan. Hasik tabungan ayam yang di kumpul sedikit demi sedikit dapat jugak lah memiliki mixer yang best ni. Itupun selepas mixer kenwood dah rosak. Berjasa jugaklah cik kenwood selama 5 tahun. Semua jenis kek dah pernah putar. Nasib baik menguli roti yang belum. Tarraaaaaaaaaa...

Pink You I lIKE..:-)

Mixer ni saya beli dari amway. Jenuh cari kat harvey norman pun takder last-last jumpa kat amway. Dapat 3 beater. Untuk pukul Icing, uli Doh dan Uli adunan kek.
Contoh Beater yang saya dapat kecuali yang bentuk macam ular ker cacing tu tak termasuk

Waktu saya beli mixer ni saya dapat food chopper jenama kitchen aid.. Ha.amik..alhamdulillah rezeki.

Mesti nak tahu harga kan..Jeng-Jeng. Amway bagi saya Rm2600. Murah seratus dari kedai alat-alat bakeri. Untuk cara pembayaran amway bagi 2 cara sama ada bayar lum sum terus atau buat easy pay guna mana-mana kredit card.

Untuk yang nak bayar guna credit card kena deposit rm300 lepastu yang selebihnya dari jumlah 2600 akan buat potongan bulanan melalui kredit card selama 12 tahun. Pilihan di tangan kita samada nak bayar sikit-sikit atau nak bayar terus.

Saya bos besar kat rumah dah warning jangan gatai-gatai nak swipe kredit kad.hahahah..baik bos..Dengan hati yang berat pejam mata zasssssss...bayar lum sum.

Sesiapa yang berminat nak dapatkan mixer kitchen aid. Boleh hubungi saya, saya sudah mendaftar sebagai ahli amway. Sebenarnya bila kita beli ajer mixer ni terus jadi ahli.

Berminat boleh SMS/WHATSAPP SAYA:0102265495 

JUST ORDINARY BAKERS

Tuesday, January 21, 2014

Muffin Cheese Blueberry yang Sedap SANGAT

Ya Allah serius tak tipu. Memang sedap sungguh muffin ni..Dengan lembut nya..Masuk mulut terus cair..Mana tak sedap nya ader cheese lagi tu. Sesuai sesangat untuk buat breakfast atau nak jamu tetamu datang atau untuk bekal anak-anak kat sekolah.

Resepi ni saya  rujuk dari page Kak Izah Muffin Lover. Terima kasih sebab sudi kongsi resepi ni. Untuk yang belum mencuba. Cepat-cepat cuba, jangan lepas kan peluang. You never regret for every single taste.
Ewaaahhhhhh.. Pandai ko jah promote. Tapi kalau benda baik tak salah kan.

Membebel banyak pun tak guna. Jom kita usha resepi kat bawah ni.

Muffin Cheese Blueberry
Rujukan: Kak Izah Muffin Lover

Bahan-Bahan
50 gm mentega
1/4 cwn gula kastor
125 gm cream cheese
1 biji telur ( Saya guna Gred B)
1/2 sk essence vanilla
1/4 cwn + 2 sb susu segar ( Saya tukar ke buttermilk - 1/4 cawan + 2sb susu segar +1/2 sk cuka )
1 cwn tepung
1 sk baking powder
1/4sk  soda bikarbonat
secubit garam
inti: bluberry filling atau apa2 filling kegemaran
atau sedap dimakan kosong

Caranya:
Panaskan oven pada suhu 200 C.
Putar mentega bersama gula kastor hingga kembang.
Masukkan pula cream cheese dan putar lagi hingga sebati.
Kemudian masukkan pula telur. Pukul hingga kembang.
Masukkan esen vanila, putar sebati.
Ayakkan tepung bersama baking powder , soda dan garam ke dalam adunan sedikit demi sedikit.
Pukul adunan, masukkan berselang pula dengan susu segar. Pukul hingga sebati.
*Masukkan tepung 1/3 dan susu 1/3 kemudian pukul, dan ulang proses hingga habis.
Bila adunan sebati, cedukkan ke dalam mangkuk muffin 1/2 penuh dan isikan dengan bluberry filling. Kemudian tutup inti dengan menceduk 3/4 penuh mangkuk muffin.
Bakar muffin di dalam oven pada suhu yang dikurangkan 180 C selama 25 minit atau permukaan muffin kelihatan perang.
Hidangkan dan nikmati kelazatannya.

Taraaaaaa.. Maka terhasillah muffin yang gebus ini.


Sesiapa yang ingin menempah muffin untuk sebarang majlis boleh sms/whatsapp saya :0102265495

JUST ORDINARY BAKERS

Monday, January 20, 2014

Tempahan Muffin,Kek Perkahwinan dan Kek Barbie

Alhamdulillah minggu lepas merupakan minggu yang sibuk untuk Riezthelicious. Kami telah menerima pelbagai tempahan seperti muffin, Kek hantaran, kek kahwin dan kek hari jadi.
Syukur di panjat kepada ALLAH kerana telah permudahkan setiap urusan kami pada minggu lepas. Jom kita tengok Tempahan yang telah selamat di hantar kepada customer kami.

500pcs Muffin Coklat dan Vanilla

Harga Muffin:
size S/mini
Vanilla : rm0.50
Coklat: rm0.60
minimum order 100pcs

Kek Perkahwinan 3 tingkat ( Fondant +fresh Flower)
                                                                   RM450

Barbie Cake ( Chocolate Cake + Buttercream + Fondant )

                                                                     RM150

Untuk sebarang tempahan Hubungi/SMS/WHATSAPP :0102265495
JUST ORDINARY BAKERS

Tuesday, January 7, 2014

Muffin Coklat Sedap

Alhamdulillah semalam selesai baking muffin untuk anak bujang yang sulong. Balik dari sekolah request muffin untuk breakfast hari ni. Mujur minta muffin buat nya mintak roti, jenuh ibu dia nak cari mood nak menguli. Jom kiter skodeng resepi yang best ni:

Muffin Coklat

Bahan-bahannya:
A
 2 cawan tepung
1 1/4 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam
B
 2 cawan gula kastor *saya guna 1(3/4) cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar) * saya tukar ke buttermilk ( 1 cawan susu segar + 1 sk cuka makan)
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick
C
 3/4 cawan air panas
Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit. Saya guna api atas bawah.


Untuk sebarang tempahan boleh sms/whatsapp :0102265495

JUST ORDINARY BAKERS

Monday, January 6, 2014

UPDATE TEMPAHAN

Sisipan salah satu koleksi tempahan di RIEZTHELICIOUS:

My little Poney Rainbow kek


RM150
Barbie Kek ber tapak ( coklat kek + buttercake)
RM150
Cupcake untuk Hantaran:
16 pcs RM45
Snow Cheese Cake
RM60

Untuk tempahan HUBUNGI KAMI SMS/WHATSAPP: 0102265495







JUST ORDINARY BAKERS